Followers

Adakah itu cinta... #7



“Eh, hang jangan la, jangan la..jangan cari pasal. Aku tak ready lagi la. Nanti-nanti la fikir soal ni. Lagi pun aku dah penat la. Bagi la aku enjoy dulu ‘single' ni...” ujar Suhaila tersengih-sengih memberi alasan untuk melepaskan diri.


Malam ini Suhaila hanya memerapkan diri di dalam bilik. Yana dan Wana pula keluar makan bersama Hafiz dan Fazli. Tinggal dia sendirian di dalam bilik itu. Tetapi dia tidak kesunyian kerana Khairul sejak dari siang tadi menemaninya melalui mesej. Kejap-kejap dia bergolek ke kanan katil. Kejap-kejap ke kiri katil. Macam-macam gaya sudah dia lakukan tanpa sedar. Seronok sungguh melayan kerenah Khairul yang tidak pernah kering gusi bila bersama walaupun hanya melalui mesej.

“Assalamualaikum...”

Kedengaran suara Yana dan Wana memberi salam melangkah masuk ke bilik.

“Waalaikummussalam...” jawab Suhaila. “Cepat hampa balik,” kata Suhaila namun matanya masih lagi fokus dengan handphone di tangan.

“Mestilah, keja banyak kot. Kang tak tido kita malam ni...” Balas Wana.

Mesej masuk lagi. Cepat-cepat Suhaila membacanya. Yana dan Wana melihat pelik dengan kelakuan Suhaila sejak dua tiga menjak ini. Tak pernah renggang dengan handphone malahan senyuman di bibir juga tak lekang.

“eh, anak sedara aku comel taw, comel macam pak cik dia ni...”

Ketawa kecil kedengaran dari Suhaila. Lantas dia pun reply.

“hahaha... prasan sgt! Muntoh ijo..~”

Send.

Yana dan Wana saling berpandangan. Mesti ada rahsia baik punya. Harus gali-menggali ni.

“Ai, rajin mesej-mesej sekarang ni? Ada benda ka kami tak tau ni...” kata Yana cuba mengorek rahsia.

“Pakwe baru ke...” sambung Wana sekadar mengusik.

Suhaila tersentak. “Eh, mana ada. Kawan lah..” muka maintain selamba.

“Eleyh...yela tu. Kawan ke?”

“Lah, sungguh la kawan. Aku mesej dengan Khairul ja pun...” Terang Suhaila besungguh-sungguh.

“Mula-mula kawan la...nanti-nanti kawan special pulak...” Yana tak habis lagi mengusik Suhaila. Suhaila apa lagi, menggelabah lah! Serta merta wajah bertukar kemerahan menahan malu.

“Seriuslah kawan la weyh...hampa jangan nak reka-reka cerita ok... ” dalih Suhaila lagi. Suhaila lagi menggelabah. ‘Ish tak kan la kot. Tak mungkinlah...’


Bro, asal Sue tak ikot malam ni?” tanya Khairul.

“Entah lah. malas katanya. Aku pun malas nak paksa-paksa kan.” Ujar Azim.

“Haish... tak dak orang la aku nak kacau malam ni...”

“Ai, rindu ke...” Azim mula mengusik. “Hari-hari mesej pun tak puas lagi ke...” kata Azim dengan ketawa kecil.

“Ish, pandai-pandai ja hang ni. Mesej ja pun...salah ka?” dalih Khairul.

“Eh, aku tak kata pun salah kan? Ada ka aku kata salah?”
Khairul tersengih-sengih. Hilang kata untuk membalas semula. Namun ada getar dijiwanya yang dia sendiri tidak mengerti.

Suhaila, seorang gadis yang sangat disenanginya. Caranya, gelak tawanya, senyumannya sangat menggegarkan naluri kelakiannya. Entah kenapa sejak dirinya rapat dengan gadis yang agak pemalu dan ceria itu, hidupnya kini semakin terasa bermakna. ‘Cinta? Eh, tak mungkinlah. Tapi..’

Pelbagai persoalan yang bermain di minda Khairul. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Kalaulah perasaan itu benar, haruskah dirinya berterus terang? Kalau dia hanya bertepuk sebelah tangan, tak ke malu nanti. Aduhhh...


Bersambung...


p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^


Nurul : sedang busy study. Auto published =) 
 
Like My Blog Page

6 tak suke masam jugak kan? ^^:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

pasti suhaila pun ada perasaan gak kat khairul tu.. ^^

kajaharuna said...

woahhh~~ sambungan yang baru, cepat2 khabar kan dengan my adik yang kaki novel :)

Kazman / Sue said...

salam kenal dari kami sekeluarga...

Juliet_iRa~" said...

wah ada e-novel la..

bestnya..:D

Unknown said...

Good Luck Cik Nurul untuk novelnya..bila baca kat sini dah tak faham..kena mulakan dari yang pertama :)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

best best
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke