Followers

Adakah itu cinta... #3

 
 


‘Dia... Dia yang pernah hadir dalam hidupku...tetapi kini tidak lagi. Maaflah. Mungkin ini yang terbaik buat kita dan semuanya.’


Mesej itu tidak dibalas. Tak mungkin dapat dibalas. Cukuplah! Selama hampir setahun Suhaila cuba pertahankan hubungan itu namun dia hanyalah insan biasa. Tidak mungkin hatinya kebal untuk menahan tangisan saban hari hadir dalam hidupnya. Hancur segala impian, harapannya musnah! Berkecai jiwa dan raga.

Enam bulan pertama dalam hubungan semuanya manis-manis belaka. Indahnya hidup bagai dunia ini aku yang punya. Namun, itu hanyalah sementara. Dugaan datang melanda sangat meruntun jiwa. Perasaan ini sangat sakit bagai ditusuk-tusuk dengan bilahan pisau. Sampai di saat ini, jiwanya masih lagi sakit yang tak mungkin akan hilang. 

Walaupun senyuman tidak pernah lekang dibibir, di dalam hati siapa yang tahu? Perasaan ini tidak mampu untuk diceritakan kepada sesiapa. Walaupun dengan sahabat baiknya. Belum tiba masanya, mungkin.

Pinnn!!

“Weyh, aku pergi dulu. Hampa nak kirim apa-apa tak?” soal Suhaila.

“Ermm..tak kot.” Jawab Yana ringkas.

“ Hang Wana?”

“Aku pon tak nak apa-apa...” 

“Ok, kalau ada apa-apa nanti mesej ja aku tau?”

Kedua rakannya itu hanya mengangguk. Seperti biasa, Suhaila keluar makan malam bersama sahabat-sahabat baiknya.

Minum?” soal abang yang ambil order itu.

“Bagi saya, Nasi Goreng USA dengan Milo Suam.” Beritahu Azim.

“Saya nak Nasi Goreng Ayam satu dan Teh O’ Ais Limau.” 

“Saya pun sama lah dengan dia.” beritahu Izwan ringkas. Malas nak fikir gamaknya.

“Eh, mana bole tiru aku...” kata Salim sekadar melawak. Sempat lagi.

Semua di meja itu ketawa terkekeh-kekeh. “Ermmm saya, nak Nasi Goreng Daging Merah lah. Air,Teh O’ Ais.” Suhaila pula memesan.

“Saya nak Nasi Goreng Ikan Rebus, air saya nak Limau Ais.” Pesan Khairul pula. 

“Ok, itu je?” soal abang itu.

Mereka semua hanya mengangguk. Perut terlalu lapar mungkin. 

“Haish... hang ni apa cerita sue..? Banyak diam ja aku tengok. Dalam kelas pon aku tengok diam ja. Hang ada masalah ka? “ Azim mula membuka topik.

Suhaila tersentak. Dia tidak menyangka sahabat baiknya itu dapat membaca segala tingkah lakunya. Adakah ini masa yang sesuai untuk dia meluahkan segalanya yang terbuku di kalbu? Adakah ini jalan yang terbaik? Pelbagai persoalan melintasi fikiran Suhaila. 

Azim menanti jawapan dari Suhaila dengan penuh harapan. Mengharap agar sahabatnya itu, berkongsi rahsia yang selama ini dipendamkan seorang diri. Hampir sebulan cuti semester tak bersua muka, Suhaila banyak berubah. Tak banyak bercakap seperti selalunya. Kadangkala mood pun cepat benar berubah. Azim tahu, walaupun Suhaila selalu tersenyum namun dia dapat merasakan sahabatnya itu ada menyembunyikan sesuatu darinya. 

“Hey Sue, cerita ja la... jangan risau, anggap ja semua kat sini pekak...” Pujuk Azim tersengih-sengih. Mungkin dia dapat agak yang Suhaila mungkin malu untuk berterus terang kerana ramai yang ada di situ.

Suhaila mengumpul kekuatan untuk memulakan cerita. Dilihat Salim leka bermesej-mesej. Khairul juga sama seperti Salim. Izwan pula dengan dunianya sendiri. Azim masih lagi setia menunggu jawapan dari Suhaila.

“Actually...aku..aku dah break off dengan Azman!” Suhaila memberanikan diri untuk becerita walaupun dirinya tidak begitu kuat untuk itu.


 Bersambung...



p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^





Nurul : sedang busy study. Auto published =) 



Like My Blog Page

11 tak suke masam jugak kan? ^^:

✿ pink velvet ✿ said...

ni kisah ko erk sebenarnyer? hehehe~~

Cik Nurul said...

✿ pink velvet ✿


eyh, mnane ade.. :P

LiLy @ MumMyQiStInA said...

mesti Azim tu ada hati dengan suhailakan.. ;)

Cik Nurul said...

LiLy @ MumMyQiStInA


erk? hihi kite tengok nanti siri akan datang... lalalaa :P

yen(toka ziizokukuto) said...

kalau watak yen takde,,siiap akak,,hehehe gurau je :)

Azekzk said...

very nice...

Cik Nurul said...

yen(toka ziizokukuto)

hahahaa :P

Cik Nurul said...

Azekzk

tq.. ^^

Eena Arrina said...

folow ena. ada hadiha utk new folower :P

Cik Nurul said...

Eena Arrina

oke dear.. t nurul datang sana ye.. ;)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

suke suke suke . menanti yang seterusnya :P)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke