Followers

hari bahagia bersama dot dot dot #2

Assalamualaikum...

Hye peepppsss..~

Entry ni sambungan yang lepas oke. Hari yang sama, cuma waktu yang beza. Malamnya pulak aku menggewdix dengan kawan baik aku dan anak anaknya. Wajiblah ada beliau jugak. eheee

Tapi tapi tapi aku terlupa la pulak nak tangkap gambar bagai. Huwaaaaa siyes lupa! Hmm

Tapi malam tu aku dapat kenal seorang lagi member. Junior kitorang. Nur Aqira. Manis orang nye *adek, banje kepci t k :P*. Bertambah jugak bunga dalam geng aku. Asek aku jek bunga, dah muntoh ijo diorang nak ngorat aku. Haha Sila muntah.

Adik Qira


Yes! Yes! Aku ada geng..... Lepas ni aku ada back up.. lalalalaa 

Korang : Azam, Sazwan, Salam, and latest Qira de cutest! Hihi thankz sudi kawan dengan aku, sudi gewdix gewdix dengan aku dan sudi meriahkan hidup aku selama ber sem sem kite kat sini. Suka kawan dengan hampa. =)

Jumpa korang next sem! ^^

Zon jiwang.

Sayang, genap empat bulan kite bercekerengrama. Terima kasih sudi hadir dalam hidup I. Terima kasih jugak sebab selalu buli I. Sungguh I suke. Sebab tu I jatoh centa dengan U -.- . Jaga diri baik baik ye cuti ni. Jangan nakal nakal. I pancong U karang. :P




Kisah Adakah Itu Cinta dah pun tamat. Thankz ye korang yang ikot kisah tu. ^^ Dan thankz jugak yang selalu singgah blog Nurul ni. Maaflah kalau ade yang terlepas pandang, tak terjah blog anda semula. Bagi Nurul masa oke. =)




Oke, itu jek.

Tata.



Nurul : bahagia dengan korang semua! ^^



Like My Blog Page

hari bahagia bersama dot dot dot #1

Assalamualaikum...

Hello readers!

Firstly, rasa lega sangat sebab exam dah abes. Yeay! Yippppiiiii....~

Jom lompat tinggi tinggi beregu! Yeay yeay yeay..~ -.-

Oke, dah. Merepek.

Malam tadi malam last aku beramah mesra dengan geng-geng baik aku dan beliau. Siyes sedih! Ye, sedih sebab sem depan aku akan masuk sem 6 aka final sem. Aku dah senior babe! Tapi aku tetap maintain muda oke. Well~ :P

Banyak aku nak story ni. Tapi macam tak cukup page jek kalau aku nak story sampai habis. So, kene lah buat part by part. Harap anda tabah membaca ye. Hihi

Ce tengok tajuk entry tu. Hari bahagia. Bahagia sangat..... eheee Ekceli, sehari sebelum paper last hari tu, aku dengan budak bilik aku + dua orang sekelas kitorang buang tebiat kejap pegi bekelah kat padang polo. Entah ape mimpi mereka plan tetibe. Jalan kaki kot. Gila bapak jauh! Yela, tak penah jalan kaki pegi sana. Dulu penah lah jugak pegi teman member. 

Jom layan gambar saat saat ke sana. -.-









Weyh korang : Yani, Wani, Faiz, Azly. Thankz sangat sangat sebab ajak aku sekali. Hepi gila weyh. Hampa sangatlah gila! :P hihi Jumpa korang sem depan! Cuti cuti ni jangan nakal tau. Oh, jangan buat buat lupa dengan final projek. -.- 
  
Seterusnya, nanti aku sambung ye. ^^




Kisah Adakah Itu Cinta dah pun tamat. Thankz ye korang yang ikot kisah tu. ^^ Dan thankz jugak yang selalu singgah blog Nurul ni. Maaflah kalau ade yang terlepas pandang, tak terjah blog anda semula. Bagi Nurul masa oke. =)




Nurul : Cuti 3 minggu sangat lah lama. Tak boleh nak gewdix sangat dengan beliau dah. Sedih!



Like My Blog Page

wordless wednesday #3


Assalamualaikum.


sumber : gugel



Nurul : wish me luck! =)



Like My Blog Page

Adakah itu cinta... #8





Dua tahun sebelum...
“Kenapa you dah berubah? Kenapa bila I ajak you jumpa, you selalu bagi alasan la, busy la...tahu tak dah berapa lama kita tak jumpa? I ni dah macam ada girlfriend tapi macam takdak plak...” luah Khairul. Gadis dihadapannya kini sudah jauh berubah berbanding sebelumnya.
“You jangan banyak songeh boleh? Dah I kata busy tu busy lah. You ni tak paham ke ha?” balas gadis itu sedikit keras.
“Kenapa you marah ni sayang... I tanya you baik-baik ja.. janganlah macam ni, you tak rindukan I ke?” ujar Khairul tenang. Sesi pujuk memujuk di taman riadah itu agak tidak menjadi. Orang disekeliling mereka sedikit pun tidak didipedulikan.
“Eh, dah la. I rimas lah, rimas! Tahu tak?” bentak gadis itu. “Dah la, I nak balik!” Gadis itu terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Khairul tidak mampu lagi untuk membuat apa-apa. Dirinya begitu kecewa! Apakah salahnya? Semakin hari gadis yang disayanginya itu semakin jauh dari hidupnya.  

aku nak jumpa kau bole?”
Suhaila lantas membalas. “Bila? Tp knpa?”
Send.
“Jumpa petang ni kat taman dekat rumah u petang ni. Okebai!”
Suhaila terkesima. Jantungnya berdegup laju. Seperti baru sahaja berlari seratus meter. Di baca mesej Khairul yang diterimanya itu berulang kali. ‘betul ke tak mamat ni. Siap ber I you bagai. Pelik-pelik la. Haishhh...seram!’

Aku nak lamar kau!”
Suhaila terkedu. Benarkah apa yang didengarinya ini atau dia hanya bermimpi? Tidak! Ini reality. Oh, sungguh lidahnya kelu untuk berkata-kata.
“Sebenarnya aku dah lama suka kat kau.. mungkin kau tak percaya atau anggap ini satu gurauan tapi ini luahan hati aku sendiri. Aku bersungguh kali ini!” luah Khairul lagi. Gadis dihadapnnya itu diam sepi tanpa kata. Adakah gadis itu akan menolaknya? Khairul gelisah.
“Errr..tapi kenapa aku?” hanya itu yang terkeluar dari mulut Suhaila. Jantungnya sangatlah berdegup laju.
“Sebab Allah bagi aku petunjuk. Kau yang hadir...” jawab Khairul dengan sedikit perasaan lega. Akhirnya gadis dihadapnnya itu mahu bersuara juga.
“Tapi..tak rasa ka macam awal sangat? Err..maksud aku, yelah kita kan baru ja nak kenal hati budi masing-masing...” kata Suhaila lagi. Dia masih belum pasti untuk membuat keputusan. Namun di dalam hati begitu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Adakah ini cinta?
“Baru atau lama perkenalan sesorang itu tak menjamin kebahagiaan sesuatu hubungan. Aku terima kau seadanya dan aku harap kau pun begitu. Alaaa..kita dah lama kenal, cuma tak rapat ja kan? Hampir tiga tahun kita di sini. Kau ja tak nak kenal aku..” jelas Khairul dengan senyuman nakal.
‘Eh, tiga tahun? Errr...tak lain tak bukan, mesti komplot dengan Azim la ni...’ desus hatinya. “Aku serius ni kau senyum-senyum pulak. Tumbuk kang...! ” kata Suhaila sambil menunjukkan sebijik penumpuk.
“Laaa.. aku pun serius la.. “ Khairul kembali serius. “Habis ja belajar ni aku akan cari kerja cepat-cepat, kumpul duit banyak-banyak dan InsyaAllah aku nak masuk meminang kau untuk jadi isteri aku yang sah.”
Suhaila terkesima lagi. Meminang? Kahwin? Ok, nervous. “Tapi aku tak cantik, tak seksi macam orang lain, tak pandai masak...”
“Sebab itu la aku suka kau, sayang kau,” pintas Khairul. Tak cantik ka, tak seksi ka itu takdak masalah bagi aku. Janji pasal yang masak tu, pelan-pelan la belajar sayang oi... Tak kan nak biar suamimu ini hari-hari makan kat kedai kot...” tambah Khairul lagi. Sempat lagi mengusik.
“Eeee, gatal!” balas Suhaila sambil membuat mimik muka kegelian. Kemudian, mereka sama-sama ketawa. Bahagia! Inilah cinta...

Dua tahun sebelum lagi...
“Baru aku tahu kenapa!”
Gadis yang membelakanginya menoleh. Dari raut wajahnya kelihatan sangat terkejut.
“Terkejut? Patutlah sekarang ni perangai lain macam. Rupanya ada jantan lain!” kata Khairul dengan nada agak tinggi. Dia cuba mengawal kemarahan kerana dia sedar bahawa dirinya sekarang di tempat awam. Kalau diikutkan hati, dah lama mati perempuan itu dia kerjakan, termasuklah lelaki ketiga itu!
“Aku bole terima lagi kalau kau mengaku sendiri tapi kalau aku dah nampak dengan mata kepala aku sendiri, memang tak!” Khairul lantas pergi meninggalkan pasangan yang terpinga-pinga itu. Dirinya terasa bodoh kerana dipermainkan sebegitu rupa. Sakitnya hati!


Tamat

p/s : habis! amacam? ce komen sikit..


Nurul : terima kasih kepada korang yang sudi mengikuti kisah Adakah Itu Cinta dari mula sampai akhir. ^^


Like My Blog Page

Adakah itu cinta... #7



“Eh, hang jangan la, jangan la..jangan cari pasal. Aku tak ready lagi la. Nanti-nanti la fikir soal ni. Lagi pun aku dah penat la. Bagi la aku enjoy dulu ‘single' ni...” ujar Suhaila tersengih-sengih memberi alasan untuk melepaskan diri.


Malam ini Suhaila hanya memerapkan diri di dalam bilik. Yana dan Wana pula keluar makan bersama Hafiz dan Fazli. Tinggal dia sendirian di dalam bilik itu. Tetapi dia tidak kesunyian kerana Khairul sejak dari siang tadi menemaninya melalui mesej. Kejap-kejap dia bergolek ke kanan katil. Kejap-kejap ke kiri katil. Macam-macam gaya sudah dia lakukan tanpa sedar. Seronok sungguh melayan kerenah Khairul yang tidak pernah kering gusi bila bersama walaupun hanya melalui mesej.

“Assalamualaikum...”

Kedengaran suara Yana dan Wana memberi salam melangkah masuk ke bilik.

“Waalaikummussalam...” jawab Suhaila. “Cepat hampa balik,” kata Suhaila namun matanya masih lagi fokus dengan handphone di tangan.

“Mestilah, keja banyak kot. Kang tak tido kita malam ni...” Balas Wana.

Mesej masuk lagi. Cepat-cepat Suhaila membacanya. Yana dan Wana melihat pelik dengan kelakuan Suhaila sejak dua tiga menjak ini. Tak pernah renggang dengan handphone malahan senyuman di bibir juga tak lekang.

“eh, anak sedara aku comel taw, comel macam pak cik dia ni...”

Ketawa kecil kedengaran dari Suhaila. Lantas dia pun reply.

“hahaha... prasan sgt! Muntoh ijo..~”

Send.

Yana dan Wana saling berpandangan. Mesti ada rahsia baik punya. Harus gali-menggali ni.

“Ai, rajin mesej-mesej sekarang ni? Ada benda ka kami tak tau ni...” kata Yana cuba mengorek rahsia.

“Pakwe baru ke...” sambung Wana sekadar mengusik.

Suhaila tersentak. “Eh, mana ada. Kawan lah..” muka maintain selamba.

“Eleyh...yela tu. Kawan ke?”

“Lah, sungguh la kawan. Aku mesej dengan Khairul ja pun...” Terang Suhaila besungguh-sungguh.

“Mula-mula kawan la...nanti-nanti kawan special pulak...” Yana tak habis lagi mengusik Suhaila. Suhaila apa lagi, menggelabah lah! Serta merta wajah bertukar kemerahan menahan malu.

“Seriuslah kawan la weyh...hampa jangan nak reka-reka cerita ok... ” dalih Suhaila lagi. Suhaila lagi menggelabah. ‘Ish tak kan la kot. Tak mungkinlah...’


Bro, asal Sue tak ikot malam ni?” tanya Khairul.

“Entah lah. malas katanya. Aku pun malas nak paksa-paksa kan.” Ujar Azim.

“Haish... tak dak orang la aku nak kacau malam ni...”

“Ai, rindu ke...” Azim mula mengusik. “Hari-hari mesej pun tak puas lagi ke...” kata Azim dengan ketawa kecil.

“Ish, pandai-pandai ja hang ni. Mesej ja pun...salah ka?” dalih Khairul.

“Eh, aku tak kata pun salah kan? Ada ka aku kata salah?”
Khairul tersengih-sengih. Hilang kata untuk membalas semula. Namun ada getar dijiwanya yang dia sendiri tidak mengerti.

Suhaila, seorang gadis yang sangat disenanginya. Caranya, gelak tawanya, senyumannya sangat menggegarkan naluri kelakiannya. Entah kenapa sejak dirinya rapat dengan gadis yang agak pemalu dan ceria itu, hidupnya kini semakin terasa bermakna. ‘Cinta? Eh, tak mungkinlah. Tapi..’

Pelbagai persoalan yang bermain di minda Khairul. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Kalaulah perasaan itu benar, haruskah dirinya berterus terang? Kalau dia hanya bertepuk sebelah tangan, tak ke malu nanti. Aduhhh...


Bersambung...


p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^


Nurul : sedang busy study. Auto published =) 
 
Like My Blog Page

Adakah itu cinta... #6


Adakah itu cinta... #1 #2 #3 #4 #5



Handphone Suhaila berdering. Namun dia hanya melihat nama yang tertera di skrin. Azman. ‘Perlukah aku jawab?’ Setelah lama berfikir-fikir Suhaila terpakasa jugak menjawab. Selagi dia biarkan, semakin galak handphonenya berdering.


“Assalamualaikum...” suara di sana memberi salam.


“Waalaikumussalam.” balas Suhaila dingin.


“Kenapa lambat sangat angkat? Busy ke?” soal suara itu ramah.


Suhaila berasa janggal. Meluat pun ada. ‘haisshhh..ada jugak yang makan lempang kang.’ “Ha’a. Kalau dah tahu kenapa call lagi?”


“Tak sudi nak sembang dengan abang lagi dah ke?”


‘Abang? Please.....’ “Sudahlah awak. Saya tak selesa ok. Antara kita dah lama berakhir. Tak perlulah awak kisahkan saya. Awak ada kehidupan awak sendiri dan saya pun begitu. Harap awak faham!” ucap Suhaila tegas.


“Awak..cubalah cakap baik-baik....”


“Cakap baik-baik? ” pintas Suhaila. Hatinya mula mendidih. “ Dah habis baik saya cakap dengan awak ni, tau tak? Nak saya cakap macam mana lagi? Sudah lah, tolonglah jangan bagi saya harapan palsu awak tu! Saya dah penat nak mengharap cinta awak lagi!” kata Suhaila dengan penuh emosi.


“Awak dah berubah...” ujar lelaki itu sedikit mengeluh.


“Ya, saya memang dah berubah tapi awak yang tak pernah nak berubah! Masih dengan perangai yang macam tu. Ish.. saya dah naik menyampah dengan perangai awak ni tahu tak?” sembur Suhaila. Hatinya sekarang ini benar-benar sakit.


“Tak ada cara lain lagi ke? Tak kan la macam ni akhirnya?” soal lelaki itu lagi.


“Inilah jalan yang terbaik. Lama mana lagi awak nak saya makan hati? Menderita? Saya tahu, awak memang tak akan dapat pilih antara saya atau dia. Biar saya saja yang undurkan diri! Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum!”


Papp! Talian diputuskan. Sedih. Menangis. Tiada apa lagi yang bisa diungkapkan melainkan hati yang penuh lara.



Hari demi hari kehidupan berjalan seperti biasa. Suhaila semakin ceria dengan kehidupannya sekarang. Dengan adanya sahabat-sahabat yang sentiasa di hati, hidupnya kini meriah, lebih meriah dari dahulu. Syukur! Inilah hikmah-Nya.


Malah, kehidupannya sebagai seorang pelajar membolehkan dia melupakan segala kenangan pahit yang terpahat di hatinya. Mana tidaknya, saban hari sibuk dengan assignment, kuiz, test dan banyak lagi.


“Weyh, lepak sini lah...tak larat la nak berdiri kat sana.” Cadang Yana.


Mereka bertiga bersetuju. Masing-masing mengambil tempat duduk di bawah pondok yang sedia ada di jabatan mereka. Menjadi rutin harian mereka datang ke kelas seawal mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dengan sesi kuliah mereka.


Selang beberapa minit kemudian datang pula Azim dan rakan-rakanya. Mereka juga menuju ke arah pondok di mana Suhaila, Yana dan Wana duduki. Pantang mereka bersua muka, pasti riuh rendah suasana jadinya!


Sedang mereka asyik bersembang, Suhaila pula asyik dengan handphonenya. Tersenyum-senyum seorang diri seperti orang tak betul dah. Sekejap-sekejap handphone Suhaila ada mesej masuk. Azim melihat hairan dengan gelagat Suhaila. Yana dan Wana juga begitu.


“Ai, kemain lagi mesej tu Sue?” Azim mula mengorek rahsia.


“Tak de lah. Aku dok mesej dengan Khairul ni ha.. geram aku! Tak habis-habis nak menyakat aku!” ujar Suhaila dengan muka kegeraman.


Azim tergelak besar. “Hahahaa...wah,wah, wah... mula-mula gaduh la, lama-lama nanti makan nasi minyak la kita..” Azim mula sakan mengusik Suhaila.


Serta-merta wajah Suhaila bertukar kemerahan. Bukan kerana cuaca yang panas itu tetapi malu dengan usikan Azim. “Eh, ke situ pulak hang ni. Kami kawan la weyh. Macam aku dengan hang, dengan Yana, Wana jugak lah.” Suhaila mencebik.


“Alaa...ok, what? Hang sekarang dah single, dia pun dah lama single. Masuk la tu...” ujar Yana pula tersengih-sengih. Wana disebalahnya juga ikut tersengih.


“Ish, merepek lah hang ni. Kami kawan ja la.. betul!” tegas Suhaila lagi.


“Itu kata hang. Tapi dia?” Azim mengangkat-angkat keningnya. Dia masih lagi tidak berputus asa. Kalau lah ini ternyata benar, dia lah paling bahagia!


“Tak dak la weyh. Hang toksah nak reka-reka cerita...”


“Eh, kalau betul macam mana? Hang nak aku tanya dia?”


Suhaila tidak senang duduk. Tak mungkin! Ya, Suhaila akui yang dia senang berkawan dengan Khairul yang kepala gila-gila itu. Tetapi tidakkah ini terlalu cepat? Mereka baru sahaja mula rapat dan hendak mengenali hati budi masing-masing. Dan dia juga baru beberapa minggu sahaja memegang status ‘single’.

 
Bersambung...


p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^


Nurul : sudah sampai ke puncak ni! ^^


Like My Blog Page

sudah tukar! jangan segan datang sini lagi ok?


Assalamualaikum...

Hye peepsss!

Puas hati! Sebab apa? Dah tuka shoutmix kat dinding tu ke Cbox! Walupun shoutmix versi lama sangat la berkenan di hati kita semua tapi Nurul dah tak boleh nak guna. Oh~


 saja nak tayang kat korang bagi nampak. :P
 
Cbox pon jadi la. Janji senang korang nak letak jejak korang. Baik tak Nurul? -.-

Tapi Nurul still letak shoutmix kat sidebar. Scroll kalau nak tengok.

Oke, itu jek.

Tata.



Nurul : Maaf ye korang sebab susah kan korang nak blogwalking...



Like My Blog Page

shoutmix box baru? letak link blog anda, please...


Assalamualaikum...

Hello readers! ^^

Perasan tak? Ada sesuatu yang baru kan kan? Yes, shoutmix box. 

Nurul ekceli nak tuka warna shoutmix tu tapi old version dah tak boleh guna la pulak. Aduhh.. Terpaksa lah Nurul guna yang baru. 

Patut lah yang sebelum ni Nurul ada bw tengok shoutmix box yang pelik macam ni. Baru tahu rupanya latest version. Ke Nurul je lambat tahu? Adeehhh... Agak penin la nak gunanye.

So, lepas dah setel buat shoutmix box tu ada pulak gangguan untuk nak bw balik. Sebab ada yang tak tinggalkan link blog! Mungkin ada setengah yang tak perasan. Hmm Kalau yang selalu komen komen kat blog Nurul boleh la Nurul terjah balik sebab ada link blog kat profile. Kalau tak? huhu

Jom Nurul kasi tutorial sikit pasal nak letak link masa nak jerit kat kotak tu. -.-


Tengok gambar. Nombor 1, ada (guest) kat sebelah nama tu kan? Itu contoh yang tak sign in lagi, bermaksud bila korang enter or share nanti, nama korang tak akan ada link ke blog korang semula. So, susah kan nak terjah balik?

Untuk sign in korang boleh klik kat nombor 1 ATAU nombor 2. Kemudian akan jadi macam gambar kat bawah ni.



Then, korang sign in lah. Nak guna facebook or twitter pon boleh. Make sure link ke blog anda. 



Selamat mencuba! ^^


p/s : Semoga kita senang blogwalking bersama, ye dak? 
 


Nurul : Harap dapat membantu korang. Peace!



Like My Blog Page

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke