Followers

Adakah itu cinta... #6


Adakah itu cinta... #1 #2 #3 #4 #5



Handphone Suhaila berdering. Namun dia hanya melihat nama yang tertera di skrin. Azman. ‘Perlukah aku jawab?’ Setelah lama berfikir-fikir Suhaila terpakasa jugak menjawab. Selagi dia biarkan, semakin galak handphonenya berdering.


“Assalamualaikum...” suara di sana memberi salam.


“Waalaikumussalam.” balas Suhaila dingin.


“Kenapa lambat sangat angkat? Busy ke?” soal suara itu ramah.


Suhaila berasa janggal. Meluat pun ada. ‘haisshhh..ada jugak yang makan lempang kang.’ “Ha’a. Kalau dah tahu kenapa call lagi?”


“Tak sudi nak sembang dengan abang lagi dah ke?”


‘Abang? Please.....’ “Sudahlah awak. Saya tak selesa ok. Antara kita dah lama berakhir. Tak perlulah awak kisahkan saya. Awak ada kehidupan awak sendiri dan saya pun begitu. Harap awak faham!” ucap Suhaila tegas.


“Awak..cubalah cakap baik-baik....”


“Cakap baik-baik? ” pintas Suhaila. Hatinya mula mendidih. “ Dah habis baik saya cakap dengan awak ni, tau tak? Nak saya cakap macam mana lagi? Sudah lah, tolonglah jangan bagi saya harapan palsu awak tu! Saya dah penat nak mengharap cinta awak lagi!” kata Suhaila dengan penuh emosi.


“Awak dah berubah...” ujar lelaki itu sedikit mengeluh.


“Ya, saya memang dah berubah tapi awak yang tak pernah nak berubah! Masih dengan perangai yang macam tu. Ish.. saya dah naik menyampah dengan perangai awak ni tahu tak?” sembur Suhaila. Hatinya sekarang ini benar-benar sakit.


“Tak ada cara lain lagi ke? Tak kan la macam ni akhirnya?” soal lelaki itu lagi.


“Inilah jalan yang terbaik. Lama mana lagi awak nak saya makan hati? Menderita? Saya tahu, awak memang tak akan dapat pilih antara saya atau dia. Biar saya saja yang undurkan diri! Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum!”


Papp! Talian diputuskan. Sedih. Menangis. Tiada apa lagi yang bisa diungkapkan melainkan hati yang penuh lara.



Hari demi hari kehidupan berjalan seperti biasa. Suhaila semakin ceria dengan kehidupannya sekarang. Dengan adanya sahabat-sahabat yang sentiasa di hati, hidupnya kini meriah, lebih meriah dari dahulu. Syukur! Inilah hikmah-Nya.


Malah, kehidupannya sebagai seorang pelajar membolehkan dia melupakan segala kenangan pahit yang terpahat di hatinya. Mana tidaknya, saban hari sibuk dengan assignment, kuiz, test dan banyak lagi.


“Weyh, lepak sini lah...tak larat la nak berdiri kat sana.” Cadang Yana.


Mereka bertiga bersetuju. Masing-masing mengambil tempat duduk di bawah pondok yang sedia ada di jabatan mereka. Menjadi rutin harian mereka datang ke kelas seawal mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dengan sesi kuliah mereka.


Selang beberapa minit kemudian datang pula Azim dan rakan-rakanya. Mereka juga menuju ke arah pondok di mana Suhaila, Yana dan Wana duduki. Pantang mereka bersua muka, pasti riuh rendah suasana jadinya!


Sedang mereka asyik bersembang, Suhaila pula asyik dengan handphonenya. Tersenyum-senyum seorang diri seperti orang tak betul dah. Sekejap-sekejap handphone Suhaila ada mesej masuk. Azim melihat hairan dengan gelagat Suhaila. Yana dan Wana juga begitu.


“Ai, kemain lagi mesej tu Sue?” Azim mula mengorek rahsia.


“Tak de lah. Aku dok mesej dengan Khairul ni ha.. geram aku! Tak habis-habis nak menyakat aku!” ujar Suhaila dengan muka kegeraman.


Azim tergelak besar. “Hahahaa...wah,wah, wah... mula-mula gaduh la, lama-lama nanti makan nasi minyak la kita..” Azim mula sakan mengusik Suhaila.


Serta-merta wajah Suhaila bertukar kemerahan. Bukan kerana cuaca yang panas itu tetapi malu dengan usikan Azim. “Eh, ke situ pulak hang ni. Kami kawan la weyh. Macam aku dengan hang, dengan Yana, Wana jugak lah.” Suhaila mencebik.


“Alaa...ok, what? Hang sekarang dah single, dia pun dah lama single. Masuk la tu...” ujar Yana pula tersengih-sengih. Wana disebalahnya juga ikut tersengih.


“Ish, merepek lah hang ni. Kami kawan ja la.. betul!” tegas Suhaila lagi.


“Itu kata hang. Tapi dia?” Azim mengangkat-angkat keningnya. Dia masih lagi tidak berputus asa. Kalau lah ini ternyata benar, dia lah paling bahagia!


“Tak dak la weyh. Hang toksah nak reka-reka cerita...”


“Eh, kalau betul macam mana? Hang nak aku tanya dia?”


Suhaila tidak senang duduk. Tak mungkin! Ya, Suhaila akui yang dia senang berkawan dengan Khairul yang kepala gila-gila itu. Tetapi tidakkah ini terlalu cepat? Mereka baru sahaja mula rapat dan hendak mengenali hati budi masing-masing. Dan dia juga baru beberapa minggu sahaja memegang status ‘single’.

 
Bersambung...


p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^


Nurul : sudah sampai ke puncak ni! ^^


Like My Blog Page

19 tak suke masam jugak kan? ^^:

✿INA AINAA✿ said...

buat Novel ek???? menarik!

fazaira said...

ok jugak la dok layan.....

syafiqa said...

pandai.buat ke?

Unknown said...

♥Lady Ainaa♥

ha'a, ala2 je.. =)

Unknown said...

zaidizain


terima kasih.. ^^

Unknown said...

syafiqakarim


ha'a.. =)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Biasalah tu kan..mula2 gaduh..
lama2 suka lah tu.. ;)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wow . best . suka suka :)

Unknown said...

LiLy @ MumMyQiStInA


haha lalalalaaa :P

Unknown said...

::ini belog saya . cinta hati saya::


terima kasih sayanggsss ^^

zareliqa afiqa said...

wahhh~ pandai! suka2 :)

NEPH said...

cept cikit smbung..ngeeee

Al-hafiez Abdul Masid said...

Errr..speechless sangat2.mcm kisah sy jugak.huhu

m!3yr4h_LolLy said...

best2. ;)

Unknown said...

zareliqa afiqa

tq dear.. ^^

Unknown said...

NEPH

esok datang lagi k.. =)

Unknown said...

Apeach Blogspot


errr... huhu

Unknown said...

m!3yr4h_LolLy


tq dear.. =)

~ayusleeping~ said...

oo, ade sambungan ek... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke