‘Call jek laa...’ Nombor Suhaila terus didail.
“Assalamualaikum...” Khairul memberi salam.
“Hang kenal tak aku?” Khairul tersengih sendirian.
“Malam ni Azim kata keluar macam biasa ok?”
Sepi.
“Ok, itu ja. Bye!” Perbualan ringkas dimatikan. Jantung Khairul berdebar-debar. Apakah?
Suhaila melihat hairan handphonenya. Agak terkejut dengan panggilan sebentar tadi. ‘Khairul? Tak pernah-pernah call aku. Hmmm...’
“Abaikan ja la. Update blog lagi bagus!” ngomel Suhaila sendirian.
“Ai, rajin update blog?” Yana yang sedari tadi melihat gelagat Suhaila bersuara.
Suhaila tersengih-sengih seperti kerang busuk. “Alaaa.. aku baru sekarang nak active bloging. Hang tau kan blog lama aku terpaksa delete.”
“Yang hang gedik sangat nak buat yang baru pasai pa. Tukar link blog sudah lah.” tambah Yana lagi.
“Memang la boleh buat macam tu sayang oi. Tapi...aku tak nak lah. hmmm.. hang paham kan?” kata Suhaila tenang.
Yana hanya diam mendengar kata-kata Suhaila. Dia mengerti atas segala apa yang terjadi terhadap rakannya itu. Kalau lah dia di berada tempat Suhaila tak tahulah apa nak jadi. Mungkinkah dirinya akan kuat menempuhi perit kehidupan seperti Suhaila?
“Weyh, rileks la.. jangan lah nangis.” Khairul yang duduk berhadapan dengan Suhaila agak cemas. Mana tidaknya, gadis itu tiba-tiba sahaja menangis laju tanpa henti.
“Aku tak boleh tahan dah. Aku nangis ja la.” Kata Suhaila selamba. Dia tidak peduli dah dengan orang sekelilingnya. Janji dia puas melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Ya, puas!
Azim dan Khairul hanya mampu melihat Suhaila tersedu sedan di hadapan mereka. Kasihan! Namun mereka tidak boleh membuat apa-apa. Semua adalah takdir-Nya.
“Sabarlah Sue, semua yang terjadi ada hikmah-Nya. Hang kena tabah. Lupakan benda yang dah berlalu. Ramai lagi lelaki yang lebih baik kat dunia ni. Depan hang pon dok ada ni.” Ujar Azim sambil mengenyit mata pada Khairul disebelahnya.
Khairul ketawa besar. Namun di hati, menggelabah! “Aik, aku pulak...”
“Eleyh, hang tu berapa lama nak membujang bro. Umur makin hari makin meningkat...” Usik Azim lagi.
“Alaaa..nanti-nanti laa.. tak jumpa yang berkenan di hati lagi...” Dalih Khairul.
“Yelah tu. Tapi hanphone setiap saat bunyi. Nampak sangat nipunya.” Celah Suhaila yang masih dengan saki baki tangisan tadi. Masalah tadi diketepikan. Terlalu fikir sangat pun bukan dapat faedah apa-apa.
“Eh, eh..budak ni. Menyampuk pulak dia.” Khairul membalas.
“Biar lah!” bidas Suhaila sambil menjelirkan lidahnya.
Azim hanya ketawa melihat gelagat dua orang sahabatnya. Malas hendak masuk campur. Meja makan mereka riuh rendah walaupun hanya mereka bertiga sahaja di situ. Mana tidaknya, Khairul semakin galak mengusik Suhaila. Geram Suhaila dibuatnya. Terjerit-jerit di situ mengalahkan budak-budak.
“Hey, sudah..sudah! Jom balik la. Banyak lagi kerja nak kena buat malam ni. Sue, hang jangan lupa assignment berlambak-lambak nak kena siapkan.” Beritahu Azim.
“Haha..padan muka!”Khairul menyakat Suhaila lagi. Suhaila hanya menjegilkan mata. Malas hendak melayan Khairul yang gedik itu!
“Assalamualaikum...” Suhaila memasuki biliknya dengan wajah yang riang. Yana dan Wana seperti biasa lah dengan rutin harian mereka. Yana kaki online dan seorang lagi, Wana pula kaki games. Duduk mengadap laptop 24jam!
Twit twit, twit twit...sms...
“Ehem2..”
Suhaila tersenyum lebar membaca mesej yang baru masuk itu. Lantas button reply ditekan.
“Ehem2 jgk.. lalalalaaa”
Send.
Seminit..dua minit...
“mana bole tiru! :P”
Ketawa kecil Suhaila kedengaran tatkala membaca mesej itu. “eh, suka aku lah...”
Send.
“Hai..sakan mesej nampak...” Yana yang kusyuk dengan laptopnya tadi tiba-tiba bersuara. “Mesej Azman lagi ke?” soal Yana ingin tahu. Dia kalau boleh tak nak Suhaila menghubungi bekas teman lelakinya itu lagi. Sudah cukup selama ini rakannya itu menderita.
“Eh, bukan lah. Mesej dari Khairul.” Beritahu Suhaila jujur.
“Oh, tak pa la kalau macam tu. Aku bukan apa Sue, bukan nak sibuk-sibuk dengan life personal hang. Aku tak nak hang sedih-sedih lagi dah. Aku nak hang mulakan hidup baru. Yang lepas tu, lepas lah. Gembiralah dengan hidup hang yang sekarang ni. Aku percaya, suatu hari nanti pasti ada lelaki yang lebih baik untuk hang.”ujar Yana dengan penuh yakin!
“Betul tu. Aku sokong cakap Yana tu!” tiba-tiba Wana pula menyampuk. “Tak payah la hang nak menangis kat lelaki yang tak menghargai kita. Buang masa ja!” kata Wana dengan penuh emosi.
Suhaila tersenyum manis. Rasa terharu dengan keperihatinan rakan-rakannya itu. “Thanks weyh...hampa jangan la risau. Aku ok, aku redha. Aku dah boleh terima kenyataan. Aku percaya semua ni ada hikmah-Nya.” ucap Suhaila tenang.
Bersambung...
p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^
18 tak suke masam jugak kan? ^^:
so sweet ade kawan mcm tu :) hm , eyt , smbungan nnt bgtau yea :)
smilenajah93
hihi baiklah.. =)
"ehem2" hehehe~~~
✿ pink velvet ✿
hihihi nape akak.. :P
lalala..berbunga2 rasa dihati..
mesti dia couple dgn khairul kut nnt ni kan.. ;)
hehhe~ betul2.couple ngan khairul.so sweet^^
khairul ni,,potong liine la,,,lastly,,konflik dgn khairul,,,kalau stakat couple je tak best lah kan,,heheh
sweet la...
LiLy @ MumMyQiStInA
errr... lalaalaaa kite tgu next siri k.. ;)
zareliqa afiqa
hihi sweet ke? eheee :D
yen(toka ziizokukuto)
kite tunggu sambungan die k.. ;)
El-Janna
hihihi =)
macam besh citer neh . nak terjah semua episod la .. weee~~
ehem ehem . best best . tunggu lagi :)
..iNurqa ..
hihi tq dear! ^^
::ini belog saya . cinta hati saya::
wah, terima kaseh! ^^
nice la..hee
tiefazatie
tq babe! :)