Followers

Adakah itu cinta... #2


Adakah itu cinta... #1


Seorang lelaki keluar dari rumah itu. ‘ Oh, dia ke..’ detik dalam hati Suhaila.

“Assalamualaikum...” lelaki itu memberi salam sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Sungguh ramah. Suhaila hanya tersenyum mendiamkan diri melihat keakraban dua sahabat itu. Sungguh dia tahu yang lelaki yang baru masuk di dalam kereta ini adalah salah seorang sahabat baik Azim sejak dari sekolah tadika lagi. Untung laaa... 

Kereta bergerak menuju ke destinasi yang ditujui. Hanya kedengaran suara Azim dan lelaki itu yang rancak bersembang. Sekali sekala Izwan dan Salim menyampuk.

Suhaila masih lagi mendiamkan diri. Dia tidak berminat untuk bersama bercerita dengan sahabat-sahabatnya itu. Sekali-sekala Suhaila melihat handphonenya. Entah kenapa tatkala ini hatinya tiba-tiba teringatkan seseorang yang yang tak mungkin akan kembali dalam hidupnya lagi. ‘Hmmm...’

“Ai, Sue. Hang pasai pa? Tadi kemain lagi banyak cakap. Sekarang diam pulak? “ soal Azim. Mungkin kehairanan dengan tingkah laku Suhaila waktu itu.

“Tak ada apa-apa la weyh. Aku ok la... “ balas Suhaila dengan senyuman seikhlas mungkin.

“Eleyh... Dia segan dengan aku kot Zim... “ lelaki itu menyampok. Tak malu.

Azim ketawa kecil. “ Dengan Khairul ni pun hang nak segan jugak ka? Macam la hang tak kenal dia...” sakat Azim.

“Eh, mana ada. Tak dak maknanya aku nak segan dengan dia aih... “ jawab Suhaila memberanikan diri. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Masalah yang difikirkannya terus lenyap begitu sahaja.


Assalamualaikum...”

“Waalaikummussalam...” Jawab Yana dan Wana serentak. Namun mata kedua-dua rakan sebiliknya masih lagi tertumpu di skrin laptop masing-masing. Normal. Suhaila tersenyum. 

“Eh, hampa dah makan ka? “ tanya Suhaila.

“Dah, kami keluar makan kat depan tu tadi... “ Wana bersuara.

“Oh, sekali dengan Hafiz dan Fazli? “

“Ha’a....” 

Hafiz dan Fazli merupakan rakan sekelas juga yang rapat dengan Yana dan Wana. Kalau di dalam kelas mereka berempat meriah bergosip bersama mengalahkan makcik-makcik pergi pasar.

“Best keluar tadi? “ Yana bersuara pula.

“Best laa... meriah ok,“ Suhaila ketawa kecil.

“Amboi... macam ramai ja. Dengan siapa lagi tadi? “

“Tadi ada Azim, Salim, Izwan pastu dengan Khairul. “ balas Suhaila ringkas.

“Khairul? Khairul mana pulak ni? “ soal Yana pelik. Begitu juga Wana yang menampakkan raut wajah yang seakan cuba mengingati seseorang.

“Alaaa... Khairul ni sahabat baik Azim. Depa memang kenal sejak tadika lagi. Tinggal dekat Ipoh jugak sama macam Azim. Kebetulan sambung study kat sini...” terang Suhaila panjang lebar.

“Oooo... “ sahut Yana Wana serentak. Hilang sedikit kepelikan mereka berdua.

“Ce hang search kat facebook, kat friendlist Azim. Ada tak Khairul?”

Yana yang sememangnya sedang online itu dengan pantas mencari nama Khairul. “Oh, dia ni ka..selalu gak aku tengok dia sibuk-sibuk kat wall Azim. Dia ambik kos apa? “ soal Yana ingin tahu lagi.

“Entah...” jawab Suhaila dengan selamba dengan ketawa kecil. 

Twit twit, twit twit...sms...

Suhaila membaca mesej yang masuk. Dibiarkan Yana dan Wana terkial-kial menanti jawapan darinya. Kelakar jugak dengan dua rakan sebiliknya itu. Hihi

“hg ok x? Tadi aku tgk hg x byk ckp je... Awat, hg ada masalah ka? Share la dgn aku......”

Suhaila menekan button reply...

“aku ok jek. Hg jgn risaw laa.. hihi” 

Send. Seminit, dua minit....

Twit twit, twit twit...sms...

Mesej masuk lagi.

“Syg, perlu ke buat keputusan macam ni? Please...jgnla buat macam ni... abg serba salah..”

Berubah wajah Suhaila tatkala membaca mesej itu. Kepalanya kembali memikirkan masalah itu. ‘hmmm....’ keluhan berat kedengaran.


Bersambung...

p/s : best tak? ce komen. komen anda sangat dihargai! ^^


Nurul : sedang busy study. Auto published =) 


Like My Blog Page

11 tak suke masam jugak kan? ^^:

::Misz sunsWeetz:: said...

AISH SMBUNG AGI..hehe
mesej last sekali tu x sabar nk tau ...hehe cm ada konflik je

Anonymous said...

adess waaaaaaaa xdapat baca.xperla komen pic..
cntik pic.hihihi

fynahere said...

nk klimaks dh ke ni? cepat2 update

yen(toka ziizokukuto) said...

hehehe,,jeng jeng jeng,,,

tiefazatie said...

naa...hihi

Cik Tetra said...

heee.best2..cpt smbung :D

cerita best said...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow..follow pakjoe blk tau

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

halamak best2 . hehe . menunggu yg seterusnya :)

kajaharuna said...

nak bagi adik saya baca entry ini,
dia suka novel cinta :)

y i e n said...

alorh sambung lagi? *tekanan* hahaha~~

LiLy @ MaMaQiStInA said...

bersambung lagi..
semakin suspen ni cik Nurul.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke