Followers

Tanda-Tanda Gangguan Jin

Assalammualaikum...

Hello peepss..~~

Aku nak share something ni. Dah baca tajuk kan? Hope korang sudi baca. ^^

Gangguan Fizikal
Pesakit pernah mendapatkan rawatan doktor tetapi gangguan dirasakan masih ada. Antara gangguan itu adalah:
·         Merasa pening pada sebahagian ataupun seluruh kepala dan kadang-kadang sakit terasa sampai ke mata dan leher merasa berat atau kaku.
·         Merasa panas ataupun berat pada bahagian-bahagian sendi badan.
·         Dada sesak ataupun dada rasa panas.
·         Sakit di perut ataupun bahagian ulu hati.
·         Gangguan di sekitar rahim (rasa panas, keras ataupun seperti dibelit sesuatu).
·         susah mendapatkan keturunan.
·         Gangguan di sekitar pinggang ataupun buah pinggang.
·         Pandangan kabur.
·         Berdengkur dengan kuat semasa tidur.
·         Gigi bergeselan.
·         Memilki kemampuan atau kekuatan fizikal di luar kemampuan manusia.


Gambar hiasan. Sumber : google

Gangguan Fikiran Atau Jiwa
·         Mudah dan sering marah, tersinggung ataupun ingin mengamuk.
·         Kerap bingung.
·         Susah beri tumpuan.
·         Sering rasa ditindih sesuatu yang berat semasa tidur.
·         Takut, resah, gelisah dan sedih tanpa sebab.
·         Susah tidur ataupun terlampau banyak tidur.
·         Malas melakukan ibadah.
·         Sering berprasangka buruk dan was-was.
·         Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perbuatan atapun perkataan.
·         Merasa ada bisik-bisikan dalam hati ataupun telinga.
·         Pernah ataupun sering mendengar bunyi bergolek atau berlanggar di atap ataupun di sekitar rumah, khususnya pada waktu malam.
·         Sering dapat menduga peristiwa yang akan terjadi.
·         Dapat melihat makhluk ataupun benda yang umumnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
·         Resah ataupun takut apabila mendengar cerita berkenaan ruqyah syar’iyah.

Gambar hiasan. Sumber : google
 
Gangguan Pada Ibadah
·         Sering lupa jumlah rakaat solat yang dilakukan.
·         Terasa berat ataupun mengantuk semasa berzikir, membaca dan mendengar al-quran ataupun ketika menghadiri majlis ilmu.
·         Susah bangun pagi atau subuh.
·         Sering batal ataupun was-was semasa berwudhuk.
·         Sering tidak yakin semasa berwudhuk, manji wajib ataupun was-was semasa solat.

Gangguan Pada Aktiviti Harian
·         Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal dalam usaha mencari nafkah.
·         Jodoh seperti dihalang.
·         dijauhi dan dibenci rakan-rakan.

Pengaruh pada barang atau benda serta rumah
·         Sering mengalami kerosakan harta benda.
·         Terasa seperti ada gangguan di rumah.
·         Rumah sering dimasuki tikus, ular, lipan, kala jengking dan binatang-binatang pelik lain.

Semua jenis gangguan  ini berasal daripada usaha syaitan bagi mengganggu dan menghalang produktiviti hidup manusia sebagai hamba dan khalifah Allah, menjatuhkan martabat manusianya dan melemahkan iman seseorang. Harapan syaitan adalah supaya manusia semakin terperangkap dalam pengaruh kekuasaannya.
Semasa mengalami gangguan itu, syaitan seolah-olah menyediakan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah itu. Apabila diamati dan diperhatikan secara ikhlas dan tawaduk, ternyata semuanya menggunakan cara yang dilarang oleh Islam kerana mengandungi syirik. Jika kita terpengaruh dan mengikuti cara yang dilarang, maka kita akan semakin terjerumus dalam melakukan maksiat dan syirik yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Contoh paling mudah adalah seseorang pergi berjumpa dukun atau bomoh bagi meminta supaya diramal jodoh ataupun perniagaannya lancar, memiliki karisma yang bagus di hadapan orang lain lain ataupun sekadar bertanya berkenaan barang miliknya yang hilang.

Gambar hiasan. Sumber : google

Jika hidup kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang dilrang Allah, ia semakin mudah mempermainkan, menyakiti dan mengalahkan kita. Akhirnya syaitan dengan mudah mengajak kita menyatakan kekufuran pada saat akhir sakaratul maut.

Sumber : SINI 


Nurul : Alhamdulillah... :)


Like My Blog Page

32 tak suke masam jugak kan? ^^:

aezriani farhani said...

ni gara2 trauma la ni..hahaha

tiefazatie said...

nice info dear..thanx!

SeputihSalju said...

suker info nihh... btw sy follow sini :-)

Chikova_Airashii said...

takutnyee.. mintak dijauhkan lahh..nauzubillah..

Saya Disini said...

harap2 jauh dr sy perkara2 gini

✿ pink velvet ✿ said...

serammm pulak bace entry camni :P

Cik Nurul said...

@aezriani farhani

tawu xpe.. sesambil tambah ilmu.. :)

Cik Nurul said...

@tiefazatie

ur welcome dear.. sesaje nak share dengan semua.. ^^

Cik Nurul said...

@SeputihSalju

thanks seputih salju.. InsyaAllah nurul terjah balik ye.. tungguuuu~~ ^^

Cik Nurul said...

@Chikova_Airashii

InsyaAllah.. harap kite semua dijauhkan.. :)

Cik Nurul said...

@Saya Disini

InsyaAllah.. mudah mudahan.. :)

Cik Nurul said...

@✿ pink velvet ✿

kami yang mengalaminya ni apetah lagi kak.. sobss

Selendang Merah said...

info yg sgt berguna...mintaw2 keluarga sm di jauhi ganguan seperti nie..^^

budakijaupendek said...

em tak pernah ada pengalaman,
takut jugak ada. ^^

O CIKTEDDY said...

ouh..bagus betol info ni..kdg2 kite amek remeh je hal ni kan.. =D

NURULHANIF said...

takut gak rsnya..

Juliet_iRa~" said...

harap dijauhkan..huu

takut..

m!3yr4h_LolLy said...

nice info.

mintak dijauhkan benda nie sume. :)

Cik Nurul said...

@Selendang Merah

InsyaAllah.. ;)

Cik Nurul said...

@budakijaupendek

tawu xpe.. seram kot!

Cik Nurul said...

@O CIKTEDDY

tawu xpe.. bile dah kene baru nak amek tau hukhuk

Cik Nurul said...

@NURULHANIF

samelah kite...

Cik Nurul said...

@Juliet_iRa~"

InsyaAllah... :)

Cik Nurul said...

@m!3yr4h_LolLy

InsyaAllah.. harap kite semua dijauhkan.. :)

cik Kartun said...

dulu fmly CK kata CK kene buatan org..
tapi smpai skung CK mcm tak prcaya..
entah laa..:(

lisa said...

alahai seramnyaa..hmm :(

LAici KAng Ais said...

minta2 lah kita dijauhkan.inshaAllah.amin:)

^_^ Zaza Nur Iman said...

moga2 dijauhkan dari blaku..amin.. :)

Cik tikah said...

bagus entry ini. terima kasih sebab share yer :)

MaYa MustWany said...

teringat mas selalu tido mcm bunyi gigit epal.akak n adik dulu siap rakam as bukti.hahaha

hyz said...

dulu sy penah kaji pasal jin, hantu n syaitan.. huhu

SpidermanHere said...

Lina pernah kena 2ekali :/ Gangguan Fikiran/Jiwa tu. Alhamdulillah, lepas arwah atok berubat, Lina dah sembuh sepenuhnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Segala Yang Tertera Adalah Hak Milik Belog Cik Nurul Saye Tak Suke Masam oke