Hari ni kelas aku dah start. Oh, sangat tak ready! Huhu
Bermulalah episod hidup aku yang bizi dengan assignment quiz bagai nanti. Rileks, tengok tv, tido sampai lebam dah takde dalam list harian aku dah pasni. Harus dilupakan !! Huwaaaaaaaa~
Yang pasti, kes macam ni mesti selalu akan terjadi......
Normal.
Tapi jangan risau, blog InsyaAllah akan selalu update kalau ada kelapangan. Tapi tak boleh lah selalu sangat. Jadual sem baru ni pulak giler pack. Hurmmm Tak puas hati dengan jadual sem ni !!!
Oke, itu je. Nanti update lagi.
Thankz sudi baca.
Oh, ya. Nak share satu link ni dari blog MataHaw. Sangat berguna untuk semua bloggers. ^^
Semangat ni nak update pasal konsert malam tadi. Ada yang dah update pun malam tadi. Lagi semangat! Heh3 Tak pe, ni versi Nurul pulak. :P
Firstly, korang kan dah tahu yang Nurul pergi under PUO. Rujuk entry ni. So, wajib datang ke kampus B sebelum pukul 2 untuk tunggu bas. Terkedek-kedek lah aku dengan housemate jalan pergi sana lepas Zohor tu. sampai aje di sana, baru beberapa orang aje ada. Normal lah kan kan. -.- Then lepas tu, baru lah ramai manusia datang termasuk lah budak kamsis.
pelajar kamsis naik bas. hihi
Dengan tak sangkanya salah sorang housemate aku jadi leader bas untuk lead bebudak yang pergi ni. Almaklum lah ramai sangat, kang hilang susah pulak nak cari. -.-
Sebelum gerak tadi, dah deal yang bebudak kamsis under housemate aku tu harus ada dengan beliau sampai lah habis daftar. Tapi bila dah sampai kat stadium semua dah tunggang tebalik. System tak menjadi. Serabut jugat aku tengok roommate aku. Ingat senang nak urus dengan selautan manusia?
baru sampai stadium, dekat aje.
Dah mereka yang nak urus, lantak lah. Kitorang pe lagi, menggewdix aje lah kat situ situ. Muahahaa :D Di bawah gambar sekitar sebelum daftar masuk ke Stadium Indera Mulia.
kak fiza, aku dan yani :)
dari belakang : junior 2 orang lupe nak tanye nama, kak fiza, yani dan wani...
beratur nak daftar masuk.
banyak tangan !
Gambar sekitar dalam stadium sebelum dan selepas Dr Zambry datang.
dari tengah stadium.
dari sudut tempat aku. sorry pic xbrape clear.
Majlis petang itu adalah Himpunan Mahasiswa Untukmu Rakyat 2011. Mc yang kendalikan majlis ni sangat lah sporting. Kesian aku tengok dia asyik terjerit jerit. Nak kasi semangat kat kitorang. Huhu Majlis berlangsung sehinggalah pukul 6. Tapi aku and housemate keluar awal, nak berebut tempat untuk solat Asar. Sesak babe!
Then masuk balik stadium untuk dapatkan tiket Konsert Maher Zain. Hihi
Petang tu pulak, sementara nak tunggu solat Maghrib kitorang jalan jalan cari makan. Jejak kaseh jap dengan classmate aku yang beria ajak kitorang tu, Azly. Thankz weyh ajak kitorang.. hihi Dalam sebok sebok kitorang cuci mata tu, ada persembahan artis jugak di luar stadium ni. Ada Adam, Ifa Raziah and ramai lagi. Tak tengok sangat sebab aku dok sedap makan kopok lekor masa tu. :P
wani, azly dan aku
Waktu malamnya pulak, lepas solat Maghrib kitorang masuklah Stadium Perak. Giler ramai yang dah datang. Punah harapan nak duduk depan depan. Oh~
pentas utama dari tempat aku.
Majlis start dalam pukul 8 lebih tak silap aku. Dato AC Mizal yang jadi hos malam tu sangat lah sempoi.... suke! Tapi tak dapat nak tangkap pic beliau. Jauh la.. sob3
Pembuka tirai oleh Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip. Beliau menyanyikan beberapa buah lagu, yang aku tau lagu Kamelia. -.- Then, artis kedua, Irfan Marki (Canada) yang dijemput bersama Maher Zain. Sedap jugak suara beliau.
gugel it
gugel it.
Selepas itu, barulah turn Maher Zain. Giler meriah time tu. Die pun teruja aku tegok kat skrin besar. Heh3 Banyak lagu yang disampaikan oleh beliau yang famous di kalangan kita seperti Always Be There, Baraka Allahuma Lakuma, Thank You Allah, Allahi Allah Kiya Karo dan banyak lagi ! Fuh, sangat sedap dan mantop suara beliau.
Tapi turn yang Maher Zain pakai baju Melayu kitorang tak tengok sebab dah keluar stadium. Ruginye! Huhu Dah janji dengan mereka kene kumpul belakang stadium sebelum naik bas. Tapi yang geram nye tunggu yang lain lambat giler. Jalan pulak sesak tak dapat masuk dalam. Huh! Malas nak cakap pe. hmm....
Sampai rumah almost12.30am jugak lah. Penat! Tapi best..... Pengalaman pertama pergi Konsert. Oh~
Oke, itu je.
Thankz sudi baca entry panjang berjela ni.
Tata.
Nurul : Awak, saya minta maaf sebab tak dapat spend time tugede gede semalam. Sorry! :(
Korang tau tak, ade konsert Maher Zain kat Stadium Indera Mulia? Aku baru tahu petang tadi. Classmate aku beria-ria ajak. Aku memang suke Maher Zain sebab lagu lagu dia sangat lah mantop... Tapi aku rase tak excited sangat sebab tak penah pergi konsert bagai. Kekok! Oh~
Serius, first time ni. Tapi bila dah dekat time nak pergi ni mula lah rase debarannya. Okebai!
Roommate aku siap testing shawl mactching baju bagai. Haha :P
Yang best nye, masuk PERCUMA!!! Weeeeeee
Ekceli, tiket di buka hari Rabu (21 Dec) – Sabtu (24 Dec, hari ini) kat Stadium Indera Mulia. Siapa cepat dia dapatlah. Huhu
gugel it
Tapi disebabkan aku pergi under poli, kitorang kene pergi awal sikit. Sebab petangnye ada Himpunan Perdana Mahasiswa Bersama YAB Menteri Besar Perak. Oh~
Takpelah, sebab Maher Zain I rela tadah telinga berejam jam. -.- lagipun last sem yang tak bukak lagi ni nak bersuka ria dengan kawan kawan! :D
Siapa pergi? Angkat kenin! Heh3
Oke, itu je.
Tata.
p/s : kemungkinan anda yang sedang membaca ni, kite dah ade kat sana. :P