Tetibe terajen pulak nak update blog ni. Alang alang ada masa sikit ni, aku try la update. Hmm
Nak tanya, sem akhir memang macam ni eks? Keje menimbum mengalahkan orang jual kamben je. Eh eh.. -..-
Serius kadang kadang rasa nak muntoh je, lepas satu satu datang keje.. haissshhh~ Mencik! Dah tu due date semuanye nak minggu depan.. dah lah dengan VIVA, FYP bagai.. huwaaaaaaaaa~~
Sangat tak suke ok. Kami bukan robot! *protes* Grrrrr
Gugel it
Tak pe lah. Kami tau lah kami siapa.. Hmm *pasrah*
Wish me luck… T^T
Btw,
Ce tengok kat atas belah kiri. Ada lagu youtube Terukir Di Bintang – Yuna. Kalau rasa tak sedap ditelinga anda, boleh pause. :)
Sebelum tu, jom rerajin singgah sini. Sape singgah die comel ! Hekhekhek
Aku nak share something ni. Dah baca tajuk kan? Hope korang sudi baca. ^^
Gangguan Fizikal
Pesakit pernah mendapatkan rawatan doktor tetapi gangguan dirasakan masih ada. Antara gangguan itu adalah:
·Merasa pening pada sebahagian ataupun seluruh kepala dan kadang-kadang sakit terasa sampai ke mata dan leher merasa beratatau kaku.
·Merasa panas ataupun berat pada bahagian-bahagian sendi badan.
·Dada sesak ataupun dada rasa panas.
·Sakit di perut ataupun bahagian ulu hati.
·Gangguan di sekitar rahim (rasa panas, keras ataupun seperti dibelit sesuatu).
·susah mendapatkan keturunan.
·Gangguan di sekitar pinggang ataupun buah pinggang.
·Pandangan kabur.
·Berdengkur dengan kuat semasa tidur.
·Gigi bergeselan.
·Memilki kemampuan atau kekuatan fizikal di luar kemampuan manusia.
Gambar hiasan. Sumber : google
Gangguan Fikiran Atau Jiwa
·Mudah dan sering marah, tersinggung ataupun ingin mengamuk.
·Kerap bingung.
·Susah beri tumpuan.
·Sering rasa ditindih sesuatu yang berat semasa tidur.
·Takut, resah, gelisah dan sedih tanpa sebab.
·Susah tidur ataupun terlampau banyak tidur.
·Malas melakukan ibadah.
·Sering berprasangka buruk dan was-was.
·Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perbuatan atapun perkataan.
·Merasa ada bisik-bisikan dalam hati ataupun telinga.
·Pernah ataupun sering mendengar bunyi bergolek atau berlanggar di atap ataupun di sekitar rumah, khususnya pada waktu malam.
·Sering dapat menduga peristiwa yang akan terjadi.
·Dapat melihat makhluk ataupun benda yang umumnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
·Resah ataupun takut apabila mendengar cerita berkenaan ruqyah syar’iyah.
Gambar hiasan. Sumber : google
Gangguan Pada Ibadah
·Sering lupa jumlah rakaat solat yang dilakukan.
·Terasa berat ataupun mengantuk semasa berzikir, membaca dan mendengar al-quran ataupun ketika menghadiri majlis ilmu.
·Susah bangun pagi atau subuh.
·Sering batal ataupun was-was semasa berwudhuk.
·Sering tidak yakin semasa berwudhuk, manji wajib ataupun was-was semasa solat.
Gangguan Pada Aktiviti Harian
·Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal dalam usaha mencari nafkah.
·Jodoh seperti dihalang.
·dijauhi dan dibenci rakan-rakan.
Pengaruh pada barang atau benda serta rumah
·Sering mengalami kerosakan harta benda.
·Terasa seperti ada gangguan di rumah.
·Rumah sering dimasuki tikus, ular, lipan, kala jengking dan binatang-binatang pelik lain.
Semua jenis gangguan ini berasal daripada usaha syaitan bagi mengganggu dan menghalang produktiviti hidup manusia sebagai hamba dan khalifah Allah, menjatuhkan martabat manusianya dan melemahkan iman seseorang. Harapan syaitan adalah supaya manusia semakin terperangkap dalam pengaruh kekuasaannya.
Semasa mengalami gangguan itu, syaitan seolah-olah menyediakan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah itu. Apabila diamati dan diperhatikan secara ikhlas dan tawaduk, ternyata semuanya menggunakan cara yang dilarang oleh Islam kerana mengandungi syirik. Jika kita terpengaruh dan mengikuti cara yang dilarang, maka kita akan semakin terjerumus dalam melakukan maksiat dan syirik yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Contoh paling mudah adalah seseorang pergi berjumpa dukun atau bomoh bagi meminta supaya diramal jodoh ataupun perniagaannya lancar, memiliki karisma yang bagus di hadapan orang lain lain ataupun sekadar bertanya berkenaan barang miliknya yang hilang.
Gambar hiasan. Sumber : google
Jika hidup kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang dilrang Allah, ia semakin mudah mempermainkan, menyakiti dan mengalahkan kita. Akhirnya syaitan dengan mudah mengajak kita menyatakan kekufuran pada saat akhir sakaratul maut.